Peminat Colombia terbunuh selepas perlawanan bola sepak di Brazil

SAO PAULO – Seorang peminat Colombia mati ditikam pada awal Jumaat dalam satu pergaduhan di bandar Porto Alegre, Brazil, ibu negeri selatan Rio Grande do Sul, beberapa jam selepas perlawanan bola sepak antara kelab Brazil Internacional dan Atletico Nacional Colombia.

Polis berkata, si mati dikenali sebagai Alejandro Lopera Zuluaga, yang meninggal dunia akibat tikaman selepas pergaduhan antara peminat Atletico Nacional yang pergi ke Brazil untuk menyaksikan pasukan mereka bermain.

“Mangsa ditemui tidak bernyawa ketika dibawa ke hospital,” kata ketua Balai Polis Pembunuhan Rio Grande do Sul, Raissa Araujo, yang menambah bahawa orang yang terlibat dalam pergaduhan itu adalah warganegara Colombia.

XINHUA